Langkau ke kandungan utama

EKSPERIMEN 1: SIFAT FIZIKAL CECAIR


Assalammualaikum w.b.t.


     Saya MUHAMMAD AMIRUL AKMAL sebagai wakil pelajar dari kelas DEM2S1  di POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA) akan menceritakan tentang Termofluid.

TERMOFLUID merupakan subjek yang kerap digunapakai di dalam teknologi kejuruteraan dan sains di bagi menyelesaikan beberapa permasalahan. Bendalir mekanik juga bersifat rumit dan kadang-kala ia hanya boleh diselesaikan dengan kiraan dan formula tertentu berdasarkan prinsip bendalir mekanik, terutamanya dengan menggunakan kaedah dinamik bendalir berkomputeran (computational fluid dynamics). Kaedah ini dapat menyelesaikan masalah bendalir dengan kaedah menerusi pemvisualan dan menganalisa aliran bendalir.

Pada 10.12.19 yang lalu,telah diberikan satu tugasan iaitu eksperimen tentang sifat fizikal bendalir.

Alatan yang digunakan:
1) Penimbang Skala Digital
2) Bikar
3) Minyak Masak
4) Minyak Enjin

Prosedur:
1) Tekan suis ON pada penimbang skala digital
2) Letakkan bikar di atas penimbang. Tekan reset untuk mendapatkan zero skala
3) Letakkan 50ml bendalir (minyak masak) ke dalam bikar. Tuliskan berat bendalir.
4) Ulangi langkah 1 hingga 3 dengan 100ml dan 150ml bendalir yang sama.
5) Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan bendalir (minyak hitam).

Semasa melakukan eksperimen ini, kelas DEM2S1 dibahagikan 4 kumpulan untuk menganalisis keputusan kajian. Saya bersama kumpulan saya menghadapi masalah ketika tuwang cecair dalam bikar kerana tiada  corong kon. Selain itu, kami mempunyai masalah ketika menyukat bendalir dalam bikar kerana memerlukan paras mata sama dengan ukuran pada parasan bikar.

Teori bendalir berkait rapat dengan keadaan bendalir.Ini jelas bahawa bendalir yang berbeza boleh mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza. Contohnya, gas adalah ringan dan boleh mampat, manakala cecair adalah berat dan agak tidak dapat dikompresi. Untuk mengira perbezaan tingkah laku bendalir, sifat bendalir tertentu digunakan. Ciri-ciri bendalir adalah ketumpatan, berat, graviti dan isipadu tertentu.


Selepas melakukan eksperimen,kami sekelas menganalisis dan mempraktikkan formula yang di belajari dalam kelas bagi mengetahui teori yang kami pelajari betul atau tidak.Disamping itu,bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tentang bendalir.

Formula yang dipelajari:


Formula untuk bendalir dalam ruang bikar:

Kesimpulannya,sesuatu cecair dapat diukur seperti minyak,air dan sebagainya. Hal ini dapat mengetahui ketumpatan sesuatu cecair.


Sekian Terima Kasih🙂


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUPERHEATED STEAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu kepada semua Rakan-Rakanku dan Pensyarah-Pensyarah yang dirahmati Allah sekalian.                Saya wakil pelajar dari  POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN(PSMZA) dari kelas DEM2S1 yang bernama KHAIRUL DANISHAHMI BIN KHAIRULNIZAM a.k.a Keyoo dan saya adalah pelajar semestar 2 sesi Dis 2019 dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekatronik(DEM).Saya telah diberikan tugasan untuk membuat rumusan yang bertajuk SUPERHEATED STEAM pada minggu ini.So gais,korang mesti tak pernah dengar apa itu Superheated Steam kan?Meh sini saye ceritakan sikit.          Okay,Superheated Steam adalah suatu bentuk stim pada suhu yang lebih tinggi dari titik mendidihnya.Ia adalah keadaan yang relatif kepada sesuatu yang dipanggil tepu atau basah dan wap.Wap jenis ini adalah yang hanya melebihi titik didih sumber pada tekanan tertentu.          Untuk memahami bagaimana ai...

BAB 2: FLUID APPLICATION PART 1

       BAB 2 : FLUID APPLICATION PART 1 Assalamualaikum w.m.t              Saya  FARAH HAZIQAH AUNI BINTI FAIZAL 😘 wakil pelajar dari kelas DEM2A1 di  POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN  yang terletak di Terengganu. Saya ingin menceritakan tentang hukum paskal dan jek hydraulik. PRINSIP DAN HIDRAULIK PASKAL 💙 Prinsip paskal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan keatas sesuatu cecair boleh dipindahkan  ke seluruh cecair itu dengan seragam. prinsip paskal juga dikenali sebagai prinsip pemindahan cecair dalam cecair. prinsip pemindahan tekanan dalam cecair digunakan dalam sistem hidraulik.sistem hidraulik menggunakan cecair yang tidak dikompresikan seperti minyak atau air untuk menghantar kuasa dari satu lokasi ke lokasi yang lain dalam bendalir.                             apabila ombok ditolak kedalam sfera bulat, air ...
CONCEPTUAL PRINCIPLE OF THERMOFLUIDS.      First and foremost. I would like to introduce myself who create this discussion. My name is Muhammad Amirul Putra Bin Adnan and I'm currently studying at Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin in Terengganu. I'm the chosen one to discuss this topic by being the representative for Mechatronic Engineering students class of June 2019 session from DEM2S1. This task was handed by Mr. Roshaizul Nizam Bin Sani.                        1.5 : Definition of system, boundary, surrounding, open system and close system. System:       By my observation, thermodynamic system or even shortened known as system is a fluid contained by the cylinder head, cylinder walls and the piston. These objects or materials will produce work that we could say it as a system to be more precise. Boundary:       Boundary is like a wall around system to keep...